Ainhatta :)
Ainhatta :)
Follow
Dashboard
Entries About Stuff Linkies

Mid sem break!
06 November 2015 | 7:18 AM | 0 Kawaii ?

Assalamualaikum w.b.t


Yeaaayyy! Finally, penantian yang ditunggu-tunggu kini berakhir. Cuti mid sem ku dengan rasminya telah bermula pada hari ini bersamaan 6 November jam 1.00 p.m. Ya Allah, tak boleh nak gambar lah gembiranya dapat balik rumah. Rumahku syurgaku sangat. Hari ni dapat tebus semua rindu-rindu yang dah terpendam lama. Tiap malam dok nangis sebab rindu rumah (wakaka homesick kot). Sampai je rumah benda pertama aku cari (selain mak) mestilah kita cari mak dulu kan tapi selain tu aku juga cari pai (kucing kesayangan). Rindunya lahai kat pai. Memang gomol habis lah masa tu. Pai pun seakan-akan merindui aku. Sempat juga dia gigit-gigit lengan aku. Dah balik rumah ni memang tak sah lah kalau tangan tak luka atau ada kesan merah-merah. Sebab dah biasa kena gigit dengan pai ni, sakit pun dah tak rasa.

Cerita pasal pai ni, mak cakap pai dah pandai buat perangai. Merajuk pun kuat juga. Hahaha k fine! Sekarang ni kalau panggil pai, dia ada lah tindak balas sikit contohnya kalau kita panggil, ''pai'' ha dia mula pandang. Lepastu kalau lambai tangan macam panggil tu, dia datang. Kalau dulu, panggil lah banyak mana pun, dia tak akan kalih. Paling tak pun, dia gerak ekor je (kurang asam). So sekarang, okay lah. Kalau panggil tu kerap juga dia pandang. Kalau panggil pun dia datang. Tapi berat badan dia dah menurun sekarang (sempat lagi). Kalau dulu dia gemok sikit lah. Tapi hari tu mak cakap dia ada cirit. Kurang makan sikit, so badan pun dah susut. Makan pun dah kurang. Kalau dulu, sikit-sikit nak makan. Ke sebab dia dah meningkat dewasa (hahahahaha) mengarut. Cuma sekarang ni dia selalu meow. Kadang tak tahu kenapa. Dah lah kalau meow tu, sedih sangat dengar. Tak tahu kenapa, tapi memang sedih lah bunyi. Kalau dia meow tu tak sampai hati nak biar. Mesti pergi kat dia konon cuba lah fahamkan apa yang dia nak (kadang buat-buat faham je). Tapi tu lah, tak boleh kalau biar. Cara dia meow tu macam sedih sangat dengar (aku sorang je kot rasa). Rasa geram pun ada juga. Dah kita tak faham kenapa dia meow, nak main ke nak terkencing ke berak ke sakit perut ke. Cara nak kurangkan rasa bersalah sebab tak faham tu, ha bawak lah dia keluar bersiar-siar (wakakaka)

Walaupun cuti, banyak juga assignment yang aku dapat :( Huwaaaaaaa sedihnya. Baru nak enjoy-enjoy sikit. Naik cuti nanti confirm la lagi sibuk gila. Dengan second test, group work, nak dekat final pulak. Ahhhhh redha je lah. Lumrah pelajar macam ni tiap tahun. Mana nak dapat pengalaman macam ni.

Dah mengantuk gila kot. Good night semuanya ZZZZzzzzzz



Older Post

Cutely Made by : Ieka Salju | Cute BG : AtiQah
Owned by : Your Name
Best View in Google Chrome